Saluran Terbuka UUM
Pengenalan
Saluran Terbuka Universiti Utara Malaysia adalah saluran khas untuk pengambilan pelajar bagi program Sarjana Muda. Melalui saluran ini, UUM membuka peluang kepada lebih ramai pelajar yang memenuhi syarat kelayakan untuk mengikuti program pengajian yang berkualiti dan diiktiraf.
Pengambilan Saluran Terbuka UUM (UUM Open Channel Intake)
Pengambilan pelajar melalui SALURAN TERBUKA UUM (UUM OPEN CHANNEL) dibuka setiap tahun bagi Ambilan Sesi Akademik Kemasukkan Februari & September. Saluran Terbuka UUM merupakan saluran alternatif kepada calon lepasan STPM, Matrikulasi/Asasi, STAM, Diploma atau setaraf yang gagal mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda melalui UPU.
Perbezaan Program Saluran Terbuka UUM
Perbezaan Utama Saluran Terbuka UUM adalah TIADA SUBSIDI YURAN berbanding yuran kemasukkan melalui UPU. Saluran Terbuka UUM menawarkan program pengajian bagi mod sepenuh masa sahaja yang diiktiraf oleh MQA. Pelajar yang ditawarkan tempat melalui saluran terbuka akan menghadiri kuliah yang sama seperti pelajar sepenuh masa yang lain.
Pelajar bagi Saluran Terbuka UUM perlu membayar YURAN PEGAJIAAN SECARA PENUH (Tanpa Subsidi Yuran Daripada Kerajaan)
Maklumat Penting Sebelum Memohon
KLIK di setiap bahagian menu di bawah ini untuk maklumat terperinci sebelum memohon Saluran Terbuka.
- Syarat am dan syarat khas
- Bayaran wang proses
- Contoh salinan pengiktirafan MQA
- Senarai semak
- Kadar yuran bagi saluran terbuka
Permohonan bagi Pengambilan Februari 2021/2022 akan dibuka pada Minggu Pertama bulan Disember 2020.
Pertanyaan:
https://watsap.my/0194278189
https://watsap.my/0195906855
https://watsap.my/0195908544