Pengenalan : Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)
Bagi merealisasikan Pelan Induk Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat, PACE mengambil tanggungjawab menyediakan peluang kepada warganegara Malaysia untuk memperbaiki kualiti hidup melalui peningkatan pendidikan yang lebih tinggi.
Belajar sambil bekerja bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan pada hari ini. Melalui Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ), setiap individu berpeluang mengikuti program pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjan yang dikendalikan oleh PACE UUM. PACE bertanggungjawab mengendalikan program melalui mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) yang sentiasa memenuhi kehendak pasaran semasa.
Belajar sambil bekerja bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan pada hari ini. Melalui Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ), setiap individu berpeluang mengikuti program pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjan yang dikendalikan oleh PACE UUM. PACE bertanggungjawab mengendalikan program melalui mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) yang sentiasa memenuhi kehendak pasaran semasa.
Objektif Program PJJ
- Berteraskan misi dan visi Universiti, program PJJ ini adalah untuk:
- Membuka peluang kepada masyarakat umum untuk meningkatkan taraf pendidikan.
- Memberi peluang kepada pelajar dewasa mengikuti pengajian tinggi sehingga peringkat ijazah.
- Membawa pendidikan tinggi ke kawasan luar bandar.
- Meningkatkan kadar pengeluaran pekerja terlatih dan berpendidikan tinggi.
- Meningkatkan pengetahuan, kebolehan dan kelulusan bagi mereka yang sedang bekerja sama ada dengan kerajaan atau swasta.
Pusat Pembelajaran PACE UUM
UUM kini mempunyai sepuluh (13) pusat pembelajaran yang beroperasi untuk Program PJJ iaitu:
- Kampus UUM, Sintok, Kedah
- Pusat Pembelajaran Kuala Lumpur
- Pusat Pembelajaran Kota Bharu, Kelantan
- Pusat Pembelajaran Johor Bahru, Johor
- Pusat Pembelajaran Kuching, Sarawak
- Pusat Pembelajaran Sibu, Sarawak
- Pusat Pembelajaran Kota Kinabalu, Sabah
- Pusat Pembelajaran Ipoh, Perak
- Pusat Pembelajaran Melaka
- Pusat Pembelajaran Kuantan, Pahang
- Pusat Pembelajaran Yayasan Bank Rakyat, Kuala Lumpur
- Pusat Pembelajaran Langkawi, Kedah
- Pusat Pembelajaran Miri, Sarawak
Tenaga pengajar bagi porgram PJJ UUM adalah terdiri daripada para pensyarah yang mempunyai kelayakan Master/PhD, berpengalaman dan pakar di dalam bidang yang ditawarkan.
Kaedah Pembelajaran PJJ
- Pertemuan kuliah diadakan 4 kali dalam satu semester.
- Setiap kuliah dikendalikan selama 4 jam. Kuliah akan dijalankan sebulan sekali pada hujung minggu.
- Modul berbentuk CD yang komprehensif merupakan bahan pembelajaran utama bagi setiap kursus yang akan dibekalkan kepada pelajar.
- Tempat dan tarikh kuliah serta peperiksaan bagi satu semester akan diumumkan kepada pelajar sebelum kuliah bermula.
Kemasukan ke Program PJJ UUM
Program-program PJJ UUM adalah TERBUKA kepada semua warganegara MALAYSIA yang berminat dan berkelayakan untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian. Program-program yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian [BPM(Hons)]
- Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian [BBA(Hons)]
- Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian [BComm(Hons)]
- Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam dengan Kepujian [BIFB(Hons)]
- Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dengan Kepujian [BCIM(Hons)]
- Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat dengan Kepujian (Minor Pendidikan Islam) [BMA (Hons)]
PROGRAM PJJ UUM
PERMOHONAN DIBUKA SEKARANG
KEMASUKAN SESI OKTOBER 2020/21
- Permohanan untuk kemasukan Sesi Oktober 2020/21 dibuka sekarang
- Prospek boleh memohon SECARA ONLINE di website berikut: pjj.paceuum.my
- Prospek boleh memohon dengan menggunakan Sijil SPM (Berumur 21 tahun dan 3 tahun pengalaman kerja), STPM, STAM, Diploma dan APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning ) Level 6