Loading...

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

News Updates

Previous Next

Pelajar Lega Dapat Kembali Ke Kampus Teruskan Pengajian Secara Hibrid

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

Kembali Ke Kampus UUM dan Teruskan Pengajian Secara Hibrid

Pelajar Lega Dapat Kembali Ke Kampus Teruskan Pengajian Secara Hibrid

Kesediaan Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk menerima kembali kemasukan pelajar membuatkan ramai yang menarik nafas lega kerana dapat kembali ke kampus bagi meneruskan pengajian secara hibrid iaitu secara fizikal dan secara dalam talian (online).

Dalam kenyataan Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani pada 1 Februari lalu menyatakan hanya enam kategori kemasukan semula pelajar ke kampus secara fizikal seperti yang dibenarkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Pengajian Tinggi iaitu pelajar dari program pengajian peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Siswazah yang memerlukan praktikal, makmal, klinikal, latih amal, studio, bengkel dan peralatan khas; pelajar yang tidak mempunyai akses dan persekitaran tidak kondusif bagi melaksanakan PdP dalam talian; pelajar Asasi atau Setara dan Diploma yang sedia ada di kampus boleh meneruskan pembelajaran secara hibrid; semua pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu kecuali dari United Kingdom; pelajar berkeperluan khas (OKU) dan pelajar yang menduduki peperiksaan Malaysia University EnglishTest (MUET), antarabangsa dan badan profesional.

Pelajar Semester 1, Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat, Dini Nabilah Ahmad berkata, dia bersyukur ke hadrat Ilahi dan berterima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi dan UUM kerana memberi peluang kepada pelajar untuk kembali ke kampus serta merasai suasana pembelajaran dengan lebih bermakna walaupun hanya belajar secara online di dalam bilik.

Menurutnya dari Pasir Mas, Kelantan, dengan keputusan tersebut diharapkan pelajar dapat memanfaatkan peluang diberikan untuk lebih fokus belajar dan pada masa sama mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan juga universiti.

Katanya, dia masih belum menetapkan tarikh untuk kembali ke kampus dan berharap dapat melakukannya pada kadar segera agar pada semester baharu nanti tiada lagi masalah untuk mendapatkan akses internet ketika mengikuti sesi pembelajaran secara maya itu.

Sementara itu, pelajar tahun akhir Perbankan, Muhammad Yazin Ismail berkata, suasana belajar di kampus amat kondusif jika dibandingkan di rumah kerana di rumah sukar untuk mendapatkan kemudahan internet yang laju.

Menurutnya, dia memilih untuk berada di kampus bagi memudahkan sesi pembelajaran yang kini banyak diadakan secara maya.

“Sekarang musim peperiksaan akhir dan banyak peperiksaan yang ditukarkan kepada tugasan yang mana membolehkan kami untuk menambahbaik dan meningkatkan markah tugasan.

“Belajar secara maya kini sudah mulai serasi walaupun pada mulanya agak sukar, namun dengan kemudahan yang disediakan universiti ia telah banyak membantu memudahkan semua pelajar yang tidak pulang ke rumah masing-masing,” katanya yang berasal dari Jawi, Pulau Pinang.

Bagi pelajar Semester 2, Diploma Pascasiswazah Pendidikan, Zairul Najmi, dia lega apabila menerima berita tersebut namun, seperti semua sedia maklum bahawa sesi pembelajaran secara atas talian juga tidak begitu berkesan berbanding bersemuka kerana terdapat banyak kekangan dan kekurangan seperti masalah capaian internet di rumah.

Namun begitu, menurutnya, apabila dapat meneruskan pembelajaran secara online di rumah, ia lebih menjimatkan dari faktor kewangan kerana dia tidak perlu berulang ke kampus lebih kerap.

"Tetapi kebenaran untuk pulang ke kampus ini juga bukanlah kegembiraan mutlak kerana negara masih berada dalam keadaan pandemik yang tidak menentu.

"Oleh itu, kita sebagai pelajar perlu menjadi contoh kepada orang lain dengan mematuhi arahan dan SOP yang telah ditetapkan kerajaan. Saya berharap agar keadaan ini akan segera pulih seperti sedia kala," katanya dari Merbok, Sungai Petan

CON­GRAT­U­LA­TIONS NEW STU­DENT!

Congratulations !!!!! Congratulations !!!!!Congratulations !!!!! for all student for being offered the Degree Programme for February 2021/2022 Intake.  Welcome to the Universiti Utara Malaysia (UUM).

OFFICE ADDRESS :

Pacelogo White

Professional and Continuing Education Centre (PACE),
Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah.
Phone: +604928 4628 / 4617       
Email: pace@uum.edu.my

Subscribe Us

Sign up for our Newsletter. We will keep you updated!

Search

+880 322448500 Beverly Boulevard Los Angeles