Loading...

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

News Updates

Previous Next

Soalan Lazim bagi Saluran Terbuka UUM

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

Congratulation UUM. UUM managed to jump nine places from the 116th position in the previous edition, thus proving that UUM continues to strive hard every year to improve its standings to better position.

Pengenalan - Saluran Terbuka UUM

Saluran Terbuka Universiti Utara Malaysia (UUM) adalah saluran khas untuk pengambilan pelajar bagi program Sarjana Muda tertentu di UUM. Ia merupakan program yang ditawarkan oleh UUM dan pengambilan pelajar diuruskan oleh Pusat Pendidikan Profesional & Lanjutan (PACE). Pengambilan pelajar melalui OPEN CHANNEL  hanya terbuka untuk pelajar Malaysia sahaja yang memenuhi syarat kelayakan ditetapkan.

Soalan Lazim - Frequently Asked Questions (FAQ)

  1. Adakah UUM sebuah IPTA di Malaysia?

Universiti Utara Malaysia (UUM) ialah Universiti Awam Keenam (6) Malaysia yang secara rasminya ditubuhkan pada 16 Februari 1984, di bawah Perintah Universiti Utara Malaysia 1984 (P.U. (A) 47/1984). UUM juga satu-satunya universiti yang ditetapkan supaya mengkhusus kepada bidang pengurusan sejak awal penubuhannya. UUM mengandungi dua kampus; kampus utama, yang dibina di Sintok, Kedah pada 15 September 1990 dan dibuka secara rasmi pada 17 Februari 2004[2], dan kampus kedua (kampus bukan kediaman), yang dibina di Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

UUM menduduki tempat ke-131 di dalam QS Asia Universiti Rankings 2018, menduduki antara tempat ke-101 ke tempat ke-150 di dalam QS Top 50 Under 50 2019, dan juga menduduki antara tempat ke-601 ke tempat ke-650 di dalam QS World University Rankings® 2019.

  1. Apakah Saluran Terbuka Universiti Utara Malaysia ?

Saluran Terbuka Universiti Utara Malaysia (UUM) adalah saluran khas untuk pengambilan pelajar bagi program Sarjana Muda tertentu di UUM. Ia merupakan program yang ditawarkan oleh UUM dan pengambilan pelajar diuruskan oleh Pusat Pendidikan Profesional & Lanjutan (PACE). Pengambilan pelajar melalui OPEN CHANNEL  hanya terbuka untuk pelajar Malaysia sahaja yang memenuhi syarat kelayakan ditetapkan. Pelajar-pelajar boleh memasuki program Saluran Terbuka dengan menggunakan kelayakkan STPM, Matrikulasi, Asasi, STAM, Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

  1. Apakah PERBEZAAN Laluan Terbuka berbanding UPU?

Pelajar bagi program Laluan Terbuka (Open Channel) boleh memilih secara terus program yang diminati bagi kemasukan pengajian di UUM. Bagi YURAN PENGAJIAN Saluran Terbuka, pelajar perlu membayar PENUH YURAN PENGAJIAN TANPA SUBSIDI KERAJAAN. Sebagai contoh; bagi Program Sarjana Muda Perakaunan (dengan Kepujian), pelajar perlu membayar Yuran Pengajian sebanyak RM5,000 / setiap semester. Selain itu pelajar perlu membayar Yuran Pendaftaran (Hanya Semester 1 Sahaja), Yuran Perkhidmatan dan Yuran Asrama bagi setiap semester. 

  1. Adakah program ini mendapat pengiktirafan daripada JPA dan akreditasi MQA?

Ya, program ini mendapat pengiktirafan daripada JPA dan akreditasi penuh MQA.

  1. Apakah mod pembelajaran bagi program ini?

Mod pembelajarannya ialah sepenuh masa secara bersemuka. 

  1. Apakah tempoh pengajian bagi program ini?

Tempoh masa pengajian adalah bergantung kepada program. Terdapat program dijalankan selama 3 ½  sehingga 4 tahun.

  1. Adakah pelajar di bawah SALURAN TERBUKA UUM layak untuk memohon pengecualian kredit?

Ya. Seperti yang dinyatakan dalam garis panduan Akademik UUM, pengecualian kredit boleh dipohon oleh mereka yang lulus subjek yang bersamaan dengan mana-mana institusi pendidikan tinggi dalam tempoh pengajian mereka di universiti. Subjek yang dikenakan pengecualian kredit mestilah bersamaan dan memenuhi kurikulum program yang mereka ada. Pengecualian kredit tidak boleh melebihi 30% daripada jumlah kredit program. 

  1. Siapa yang akan menganugerahkan program ini? Adakah UUM atau PACE?

Penganugerahan adalah daripada Universiti Utara Malaysia.

  1. Siapakah pemilik SALURAN TERBUKA UUM? Adakah UUM atau PACE?

Pemilik program ini adalah fakulti berkaitan di UUM. PACE bertanggungjawab dari segi pengurusan kemasukan program manakala fakulti akan menguruskan bahagian akademik.

  1. Bagaimanakah saya boleh mengetahui samada saya layak untuk memohon ke program ini? Apakah syarat kemasukannnya?

SALURAN TERBUKA UUM dibuka kepada calon-calon warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kemasukan yang telah ditetapkan. Syarat kemasukan adalah berbeza mengikut program.

  1. Adakah pelajar SATU layak mendapatkan bantuan kewangan?

Ya, Tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan institusi berkaitan seperti PTPTN dan Biasiswa-biasiswa daripada Agensi Kerajaan ataupun Swasta.

  1. Institusi mana yang akan menyediakan bantuan kewangan untuk program ini?

Institusi yang menawarkan bantuan kewangan adalah PTPTN, KWSP dan lain-lain.

  1. Bilakah pengambilan pelajar bagi program ini?

Pengambilan pelajar adalah pada bulan Februari dan September setiap tahun.

  1. Di manakah kampus bagi program ini?

Pelajar boleh memilih untuk belajar di Kampus Utama UUM Sintok, Kedah atau Kampus Induk UUM, Kuala Lumpur.

  1. Berapakah kadar Yuran Pengajian untuk setiap program?

Kadar Yuran Pengajian bagi SETIAP SEMESTER adalah seperti berikut:

https://drive.google.com/file/d/1KLtzW-YxGyOUJVYJtOS1i2PPm1rm61pe/view

Pelajar bagi program Laluan Terbuka (Open Channel) boleh memilih secara terus program yang diminati secara terus bagi tujuan pengajian di UUM. Bagi YURAN PENGAJIAN untuk Saluran Terbuka, pelajar perlu membayar PENUH YURAN PENGAJIAN TANPA SUBSIDI KERAJAAN. Sebagai contoh; bagi Program Sarjana Muda Perakaunan (dengan Kepujian), pelajar perlu membayar Yuran Pengajian sebanyak RM5,000 / setiap semester. Selain itu pelajar perlu membayar Yuran Pendaftaran (Hanya Semester 1 Sahaja), Yuran Perkhidmatan dan Yuran Asrama bagi setiap semester.

OFFICE ADDRESS :

Pacelogo White

Professional and Continuing Education Centre (PACE),
Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah.
Phone: +604928 4628 / 4617       
Email: pace@uum.edu.my

Subscribe Us

Sign up for our Newsletter. We will keep you updated!

Search

+880 322448500 Beverly Boulevard Los Angeles