Loading...

Pusat Pendidikan Lanjutan & Profesional

Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan

Previous Next

Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan [BBA (Hons)]

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN DENGAN KEPUJIAN [BBA (Hons)]

Pengenalan

Program ini dibentuk dan diperkembangkan setelah mengambil kira dan meneliti program-program yang seumpamanya di universiti-universiti terkemuka dunia seperti di Great Britain, Kanada, Australia dan Amerika Syarikat. Kursus-kursus berkenaan telah diadun dan disesuaikan mengikut keperluan di Malaysia bertujuan untuk menghasilkan para siswazah yang arif tentang budaya perniagaan dan persekitaran pentadbiran di Malaysia.

OBJEKTIF PROGRAM

Program Pentadbiran Perniagaan ditubuhkan untuk mencapai objektif‑objektif berikut:

  1. Memastikan pelajar dapat mempraktikkan pembelajaran mereka dengan sepenuhnya di dalam persekitaran kerja.
  2. Melahirkan para siswazah yang lebih matang, berdedikasi, serba boleh dan lebih pengalaman di dalam dunia perniagaan.
  3. Meningkatkan reputasi program Pentadbiran Perniagaan yang mampu menghasilkan pelajar yang berkualiti, berpengetahuan dan berbakti.

Kenapa Memilih Program BBA (Hons)

Pelajar berpeluang mengikuti pengajaran melalui modul kuliah yang tersusun menerusi pelbagai pendekatan amalan pengajaran dan pembelajaran berimpak tinggi seperti service learning, kajian kes, pembelajaran berasaskan permasalahan dan latihan praktikum yang dirangkum secara bersepadu dalam kurikulum program. Reka bentuk program ini juga membuka ruang kepada pelajar untuk memilih minor dalam aspek yang mereka minati, yang ditawarkan oleh program pengajian lain diP UU

Lulusan program ini berpeluang berkhidmat sebagai eksekutif atau pegawai pengurusan atau perancang pembangunan perniagaan sama ada di sektor awam atau swasta.

Program ini sentiasa diperkemaskan dan dipantau supaya dapat memenuhi keperluan industri dan memberi pengetahuan yang mendalam di dalam bidang pengurusan perniagaan kepada para pelajar. Misinya untuk melahirkan golongan profesional yang cemerlang yang dapat menterjemahkan teori kepada amalan dan seterusnya berkebolehan mengenalpasti dan menyelesaikan masalah-masalah pengurusan di peringkat setempat dan global.

Syarat Kemasukkan ke Program PJJ

Calon mestilah berumur 21 tahun ke atas dan mempunyai 3 tahun pengalaman kerja serta mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia seperti syarat berikut:
  • Lulus SPM/Setaraf dengannya
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia; DAN
  • Kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran lain di peringkat SPM/ Setaraf;
  • Lulus Matematik/ Matematik Tambahan/ Prinsip Akaun/ Ekonomi Asas/ Perdagangan
  • Lulus ujian pra-kelayakan yang akan dijalankan oleh pihak UUM jika tidak memenuhi syarat (iii-iv) di atas.
Bagi calon yang mempunyai kelulusan STPM, syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
  • Lulus SPM/Setaraf dengan baik; DAN
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM/ setaraf. (Kelulusan sekurang-kurangnya Gred C bagi Bahasa Melayu); DAN
  • Lulus Matematik/ Matematik Tambahan/Prinsip Akaun/ Perdagangan/ Ekonomi di peringkat SPM; DAN
  • Lulus dengan sekali (1) peperiksaan STPM dengan sekurang - kurangnya:
  1. PNGK 2.0; DAN
  2. Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am/ Kertas Am; DAN
  3. Gred C (NGMP 2.00) dua (2) mata pelajaran lain
Bagi calon yang mempunyai kelulusan DIPLOMA, syarat-syarat adalah seperti berikut:
  • Mempunyai Diploma yang setaraf dari mana-mana institusi yang diiktiraf oleh Senat UUM ATAU
  • Mendapat sekurang-kurangnya lulus Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi/Asasi dalam 3 mata pelajaran pengkhususan ATAU
  • Mendapat sekurang-kurangnya Jayyid (Gred 2.00) Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) ; ATAU
  • Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan Senat UUM; DAN
  1. Lulus SPM/setaraf dengannya; DAN
  2. Lulus dengan kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM; DAN
  3. Lulus Matematik/ Matematik Tambahan/Prinsip Akaun/ Ekonomi/ Perdagangan di peringkat SPM/setaraf.

Yuran Pengajian PJJ

Nota: Pihak Universiti berhak untuk menyemak semula bayaran dari masa ke semasa apabila diperlukan.

OFFICE ADDRESS :

Pacelogo White

Professional and Continuing Education Centre (PACE),
Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah.
Phone: +604928 4628 / 4617       
Email: pace@uum.edu.my

Subscribe Us

Sign up for our Newsletter. We will keep you updated!

Search

+880 322448500 Beverly Boulevard Los Angeles