Pusat Pendidikan Profesional & Lanjutan (PACE)

Pengajian Jarak Jauh

Program Pengajian Jarak Jauh

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Pengenalan : Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)

Bagi merealisasikan Pelan Induk Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat, PACE mengambil tanggungjawab menyediakan peluang kepada warganegara Malaysia untuk memperbaiki kualiti hidup melalui peningkatan pendidikan yang lebih tinggi. PACE bertanggungjawab mengendalikan program melalui mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) yang sentiasa memenuhi kehendak pasaran semasa. 

Objektif Program PJJ

Berteraskan misi dan visi Universiti, program PJJ ini adalah untuk:

  • Membuka peluang kepada masyarakat umum untuk meningkatkan taraf pendidikan.
  • Memberi peluang kepada pelajar dewasa mengikuti pengajian tinggi sehingga peringkat ijazah. 
  • Membawa pendidikan tinggi ke kawasan luar bandar.
  • Meningkatkan kadar pengeluaran pekerja terlatih dan berpendidikan tinggi. 
  • Meningkatkan pengetahuan, kebolehan dan kelulusan bagi mereka yang sedang bekerja sama ada dengan kerajaan atau swasta.

Program-program TERBAIK yang ditawarkan

Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) Universiti Utara Malaysia menawarkan program berikut :

  • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian [BPM(Hons)]
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian [BBA(Hons)]
  • Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian [BComm(Hons)]
  • Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam dengan Kepujian [BIFB(Hons)]
  • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dengan Kepujian [BCIM(Hons)]
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat dengan Kepujian  (Minor Pendidikan Islam) [BMA (Hons)]

FLYER PJJ UUM

Image

Pusat Pembelajaran PACE UUM

UUM kini mempunyai sepuluh (13) pusat pembelajaran yang beroperasi untuk Program PJJ iaitu:

  • Kampus UUM, Sintok, Kedah
  • Pusat Pembelajaran Kuala Lumpur
  • Pusat Pembelajaran Kota Bharu, Kelantan
  • Pusat Pembelajaran Johor Bahru, Johor
  • Pusat Pembelajaran Kuching, Sarawak
  • Pusat Pembelajaran Sibu, Sarawak
  • Pusat Pembelajaran Kota Kinabalu, Sabah
  • Pusat Pembelajaran Ipoh, Perak
  • Pusat Pembelajaran Melaka
  • Pusat Pembelajaran Kuantan, Pahang
  • Pusat Pembelajaran Yayasan Bank Rakyat, Kuala Lumpur
  • Pusat Pembelajaran Langkawi, Kedah
  • Pusat Pembelajaran Miri, Sarawak

Tenaga pengajar yang terlibat adalah terdiri daripada para pensyarah yang berpengalaman dan pakar dalam bidang yang ditawarkan.

 METODOLOGI PEMBELAJARAN

  1. Pertemuan kuliah diadakan 4 kali dalam satu semester. Setiap kuliah dikendalikan selama 4 jam. Kuliah akan dijalankan sebulan sekali pada hujung minggu. 
  2. Modul berbentuk CD yang komprehensif merupakan bahan pembelajaran utama bagi setiap kursus yang akan dibekalkan kepada pelajar.
  3. Tempat dan tarikh kuliah serta peperiksaan bagi satu semester akan diumumkan kepada pelajar sebelum kuliah bermula.

Permohonan Dibuka

 KEMASUKAN SESI OKTOBER 2020/21

  1. Permohanan untuk kemasukan Sesi Oktober 2020/21 dibuka sekarang
  2. Prospek boleh memohon SECARA ONLINE di website berikut: pjj.paceuum.my
  3. Prospek boleh memohon dengan menggunakan Sijil SPM (Berumur 21 tahun dan 3 tahun pengalaman kerja), STPM, STAM, Diploma dan APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning ) Level 6

Permohonan Program PJJ UUM

Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) UUM TERBUKA kepada semua warganegara MALAYSIA yang berkelayakan untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian. Program-program yang ditawarkan adalah seperti berikut:
  • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian [BPM(Hons)]
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian [BBA(Hons)]
  • Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian [BComm(Hons)]
  • Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam dengan Kepujian [BIFB(Hons)]
  • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dengan Kepujian [BCIM(Hons)]
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat dengan Kepujian  (Minor Pendidikan Islam) [BMA (Hons)]

Mohon Sekarang

OFFICE ADDRESS :

Professional and Continuing Education Centre (PACE),
Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah.
Phone: +604928 4628 / 4617       
Email: pace@uum.edu.my

Subscribe Us

Sign up for our Newsletter. We will keep you updated!

Copyright © 2020 PACE UUM

Search

+880 322448500 Beverly Boulevard Los Angeles